THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

::Bersama Aku Wanita Biasa::

~Kuasailah dirimu untuk yang kau cintai, bukan menguasai yang kau cinta untuk dirimu sendiri DAN sesungguhnya CINTA yang hakiki harus dituntut oleh semua kerna DIA adalah CINTA TERAGUNG segenap alam~

Wednesday, April 14, 2010

Perlukah Rasa Cemburu?



Cemburu Buta??!

Rasa cemburu ada kalanya tidak berasas, kita katakan cemburu buta. Mungkin ada sebab tertentu dipihak yang rasa cemburu, tetapi sebaliknya dipihak yang dicemburui pula, perkra yang menjadi sebab itu mungkin berasaskan tanggapan, prasangka, atau tuduhan, bukan berasaskan sebab/perkara sebenar, maka padanya cemburu itu dianggap cemburu buta. Ada isu atau perkara pokok yang menimbulkan rasa cemburu kepada seseorang, tetapi dipihak yang dicemburui isu itu tidak releven baginya, atau tiada sebab perkara itu menimbulkan rasa cemburu pada pasangannya. Ini adalah kerana persepsi berbeza antara keduanya terhadap isu yang berkaitan, mungkin disebabkan berlakunya `misscomunication', silap faham, salah persepsi, ada ketidakjujuran, ada kerahsiaan, atau tidak berterus terang antara satu dengan lain.

Nanti jadi macam gambar neh plak..


then, hati pon terKOYAK jugak..

JADI, Kesimpulannya!! JANGAN CEMBURU OKEH. Percayakan pasangan anda SEPERTIMANA dia percayakan kite..

Tuesday, February 16, 2010

..Masanya Hampir Tiba!!..

Ding! Dong! Jam di jari dinding Subang Jaya Medical Centre menunjukkan tepat pukul 9.30 pm..
Jantungku berdegup kuat.. Masa utk ke kamar operation semakin hampir! Kira-kira 18 jam! lagi
Ya ALLAH! kuatkan hambamu ini.. walaupun wajahku menerbitkan senyuman indah tetapi fikiranku bercelaru..
apakah nasibku nanti? aku risau Ya ALLAH..

Kesedihanku bertambah apabila ketiadaan baba dcc.. Baba terpaksa pergi kursus di Brunei.. hanya kucupan mesra di dahi hanya baba hulurkan dan doa dari jauh.. Syukran baba cyg! :) dan kini hanya ibu, abg && anak buah tersayang, Nur 'Aqilah Humaira yang berdekatan dcc. Aku kesian melihat abgku.. Aku yakin dirinya sungguh letih kerana ingin menajagaku && akak iparku yang sedang sarat mengandung di rumah.. Ya ALLAH.. berkatilah mereka.. aku sygkan mereka..

Tatkala aku kesepian.. ada juga sahabat2 yg sudi menemaniku melalui sms.. Ramai diantara mereka memberikan semangat && sokongan kpdku.. Hanya ucapan 'TERIMA KASIH' yang mampu aku ungkapkan sahabat. Jasa kalian tidak terbalas olehku.. Aku amat memerlukan kamu semua!!

Ya ALLAH..
Aku mohon kepadamu.. Jika diri ini layak utkmu.. Aku pasrah..
Aku pasti semua yang berlaku ini adalah ketentuan darimu.. Aku tidak mahu menyalahkan sesiapa dalam hal ini, malahan ingin menyalahkan takdir kerana aku tahu insan yang diuji oleh-MU adalah insan yang beruntung kerna diturunkan ujian spt ini.. Syukran Ya ALLAH..


sekian sahaja,
coretan dariku -qudwahhumaira-

:jazakumullah khaira kasira:

Ya ALLAH.. Kuatkanlah aku..

Assalamualaikum..
Err.. sebenarnya kaku utk menulis.. tapi ku gagahkan jua..
sahabat2.. aku rasa dosa aku semakin menebal.. aku gagal utk kotakan janji aku ..
mengapa harus aku tidak sekuat sahabat2 aku yg lain? mengapa? :(
aku rasa aku insan paling berdosa dalam dunia ini.. aku takut untuk berhadapan dengan hari2 yg mendatang..
aku tidak kuat.. aku lemah..

Sahabat2..
Andai ini peluang terakhirku utk berbicara..
Harap kalian dpt memaafkan dosa2 aku sepanjang perkenalan kita..
Kalianlah sahabatku dunia akhirat...
Wassalam..

sekian sahaja,
coretan dariku -qudwahhumaira-

:jazakumullah khaira kasira:



Thursday, February 11, 2010

..Karena CINTA, aku tinggalkan cinta..

Sebenarnya sudah lama saya ingin kongsi kisah saya ini dgn sahabat-sahabat sekalian. Tapi , setiap kali laptop saya buka, jari ini jadi kaku untuk menulis. Tapi akhirnya saya nekadkan juga untuk menulis tentang ini. Hati saya bagai ditarik-tarik untuk menulis.Saya sudah tidak berdaya untuk pendam segalanya. Saya bimbang jika makin saya pendam,saya akan makin tersiksa dalam dunia saya sendiri. Doa saya semoga Allah ampuni saya atas segala apa yang saya lakukan ini. Apa yang akan saya coretkan ini adalah sekadar buat tatapan sahabat-sahabat sekalian. Ia adalah pengalaman saya sendiri. Ia hadir dari lubuk hati saya sendiri. Bukan fantasi atau rekaan semata. Saya tidak bermaksud untuk mengeluh apatah lagi mengingkari apa yang telah Allah tetapkan kepada saya.

Kisah ini saya ceritakan supaya apa yang saya lalui tidak berlalu begitu saja tanpa saya kongsi dan tanpa saya rekodkan sebagai panduan bagi diri saya untuk hari-hari kemudian. Ianya terjadi sewaktu saya berada foundation asasi sains hayat UITM Shah Alam dan si dia berada di Matrikulasi Pulau Pinang. Kebetulan kami belajar di tempat yg sama semasa SPM dan dalam sains di MRSM Tun Ghaffar Baba. Saya juga adalah seperti kalian semua. Manusia biasa yang punya fitrah untuk dicintai dan mencintai. Kamar hati saya ini sepi dan tidak pernah saya isikan dengan cahaya atau cinta dari mana-mana lelaki. Ianya suram dan sepi. Hinggalah akhirnya saya bertemu dengan seseorg.

Pertemuan saya dan dia terjadi sewaktu saya mengikuti aktiviti rehlah kelab. Itu pertemuan pertama. Tidak kenal pun, tapi perkenalan kami bermula hanya melalui sms dan demi Allah , saya ikhlas menghulurkan salam persahabatan padanya hanya kerana Allah. Tapi, semua yang terjadi telah ditakdirkan , dan saya tidak menduga akhirnya saya mula jatuh cinta dengan dirinya. Saya sendiri tidak sedar bila perasaan itu mula bercambah. Demi menjaga maruahnya , cukuplah kalau dia hanya dikenali sebagai “Mukhlis Sadiqy”. Gelaran itu saya sendiri yg berikan padanya kerana pada saya dia merupakan seorang sahabat yang ikhlas. Benarkah? Erm,hanya Allah dan dia saja yang tahu sejauh mana tahap keikhlasannya.

Perwatakannya sopan dan dia fasih berkata-kata, lebih-lebih lagi apabila melibatkan soal agama. Jalannya hanya menundukkan wajah. Dia seakan-akan takut untuk bertentang mata dengan wanita. Tindakannya itu wajar kerana dari mata segalanya boleh terjadi. Walaupun antara saya dan dia , kami tidak pernah bersua secara berhadapan, tapi setiap kali bicaranya melalui sms itu menambat hati saya. Saya senang berbicara soal-soal agama dengannya, Namun, iman saya mula goyah, taqwa mula merapuh, nafsu merasuk nurani suci, lalu hati tunduk pada bisikan syaitan nan keji. Hanya sms. Nampak macam baik kan? Tidak pernah berbicara secara berhadapan tapi hanya sms. Sesetengah orang akan berpendapat bahawa cara saya itu betul , tapi sebenarnya ia silap sama sekali. Dan saya akhirnya menyedari kesilapan itu.

Sms itu sebenarnya hanya 1 alasan bagi saya. Ianya mungkin nampak agak baik,walhal tujuannya tetap sama dan ianya tetap salah. Niat baik itu tidak pernah menghalalkan cara. Yang batil tetap batil. Yang haq tetap haq. Allah pernah berfirman :

“Dan (juga) kaum Ad dan Tsamud, dan sungguh telah nyata bagi kamu (kehancuran mereka) dari (puing-puing) tempat tinggal mereka. Dan syaitan menjadikan mereka memandang baik perbuatan-perbuatan mereka, lalu ia menghalangi mereka dari jalan (Allah), sedangkan mereka adalah orang-orang yang berpandangan tajam.” (Surah Al-Ankabut,29:38)

Kalau difahami ayat ni, sebenarnya apa yang berlaku pada saya ialah, syaitan telah buat saya pandang baik pada perkara buruk yang saya lakukan. Memang pada mulanya niat saya baik, tapi syaitan itu sangat licik. Dia akan sedaya upaya buat saya terjerumus ke dalam kemaksiatan.

Matlamat baik saya itu tidak pernah menghalalkan cara saya. Selama hampir setahun saya leka dengan perasaan ini sendiri, akhirnya saya menyedari kesilapan yang telah saya lakukan ini. Saya terlalu asyik dengan cinta ini sehingga saya terlupa pada Pemilik Cinta yang sebenar. Sungguh, saya rasa terlampau berdosa dengan diri ini dan dengan dirinya sendiri. Saya telah menjadi fitnah bagi dirinya , kerana sedikit sebanyak saya telah melalaikan hatinya. Walaupun antara kami tidak pernah punya apa-apa yang istimewa , tapi saya tahu yang saya telah banyak menyusahkan dan meresahkan hatinya.

Saya panjatkan kesyukuran kerana Allah swt mengurniakan hidayah-Nya pada saya dan saya kembali menyedari kesilapan yang saya lakukan. Silap saya kerana punya cinta ini dihati. Tidak seharusnya saya begitu mudah melafazkan cinta dan meluahkan rindu. Saya seharusnya sedar pada siapa harus saya lafazkan cinta itu..hanya utk Allah ,Pemilik Cinta Teragung dan rasul-Nya.

Terus-terang saya katakan yang saya jadi malu dengan diri saya sendiri, dengan Allah dan dengan dia sekali. Kini , untuk kembali mencari keredhaan dari-Nya saya tinggalkan cinta di hati saya ini,ia hanya untuk Allah. Itu sebenarnya adalah jalan terbaik bagi saya.

Saya mengaku, saya sering kali terluka dan saya sebenarnya tidak kuat untuk melakukan itu , tapi saya perlu lawan segala hasutan syaitan durjana ini untuk mencapai keredhaan-Nya. Saya terpaksa berperang dengan hati dan perasaan saya sendiri.

Sewaktu saya mentaddabur Al-Quran, ada satu ayat yang membuatkan saya berfikir sejenak bahawa wajib bagi saya berperang dengan perasaan ini. Saya tidak boleh beri kemenangan pada syaitan dalam peperangan ini. Surah Al-Baqarah, ayat 216:

”Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”

Kini , segala apa yang pernah ada kaitan antara saya dan dia telah saya simpan. Gambarnya yang saya simpan secara curi-curi, diari saya yang penuh dengan catatan berkenaan dirinya, tudung pemberiannya dan semua sms nya yang saya simpan dalam buku, saya simpan di dalam kotak. Hanya satu saja pemberiannya yang saya pegang dan bawa kemana-mana saja , saya tidak tegar untuk menyimpan pemberiannya yang itu di dalam kotak. Nak tahu apa?

TAFSIR AL-QURAN pemberian dari dia. Tafsir Al-Quran yg berwarna coklat itulah yang banyak memuhasabah diri saya. Kerana Al-Quran itulah saya akhirnya sedar akan segala kesilapan saya. Jadi, TIDAK MUNGKIN saya simpan dan ‘tutup’ Al-Quran itu untuk selama-lamanya.

Dia kini sudah tamat studynya di Matrix Penang dan alhamdulillah saya sudah tidak bertemu lagi dengannya. Dan dia pun sudah melangkah satu lagi fasa dalam proses mencari ilmunya , dimana dia sudah menyambung ke peringkat degree di Universiti Malaya.. Walaupun kami ditakdirkan 1 universiti, saya berjanji tidak akan bertemunya lagi.. tapi insyaAllah saya yakin dia bahagia sekarang kerana doa saya untuknya sentiasa ada agar dia berada dalam naungan cinta Illahi. Apa yang terjadi antara saya dan dia kini hanya kenangan. Bukanlah bermaksud saya putuskan ikatan persahabatan yg terjalin antara kami ..tidak..!! Haram untukk seorg muslim memutuskan silaturrahim dan menjauhi sahabatnya. Sampai kiamat pun , dia tetap sahabat saya dunia dan akhirat. Tapi dia pernah menyatakan pada saya bahawa ini yang terbaik dan saya terima dengan senang hati keputusannya itu. Cuma saat ini biarlah hanya Allah di hati saya dan biarlah masa yg tentukan siapa dia pada saya di masa hadapan.

"Jika seseorang hamba Allah menahan keinginannya dari sesuatu yang haram (kerana Allah) maka Allah akan memberikan sesuatu yang diingininya itu mengikut jalan yang halal"

Saya tahan keinginan di hati ini kerana saya yakin Allah akan kurniakan sesuatu yang halal bagi saya. Semoga satu hari kelak saya akan berjumpa dengan “putera agama” saya yang akan dapat menambahkan lagi cinta saya pada Illahi.